3 Tips "Greeting" Berkesan Bila Masuk Ofis di Pagi Isnin

Teks: Kelas Sifu Mandarin 
Oleh: CikguMandarin Hawa Othman
Secara umumnya di pagi Isnin kita gelarkannya "Monday Blues" betul tak? 😁hehe.Maksud mudahnya ialah bermalas-malasan/penat/takda mood di pagi Isnin. Yelah, dah 2 hari cuti (sabtu/ahad) kemudian masuk kerja hari Isnin, memanglah sindrom ni datang kan? 😂.Ok dibawah ni ↓↓↓ kami nak kongsi 3 tips 'greeting' berkesan bila masuk ofis di pagi Isnin. Jadi lepas ni innsyaallah korang dapat elak daripada sindrom "Monday Blues" ni sekaligus membuatkan suasana ditempat kerja menjadi lebih ceria & bersemangat! 💪😉..1) Beri SENYUMAN bila mula-mula masuk ofis. Dalam Mandarin kita panggil Xiao=senyum😊 Tak kiralah pada mak cik cleaner ke, pada pak guard ke, yang penting senyum! Kerana 1st impression ini sangat penting, ia menyampaikan mood yang positif dipagi hari. .2) Beri SALAM (Assalammualaikum untuk orang Islam) dan ucapan selamat (Good Morning/Chao An untuk yang belum Islam).3) Bertanya KHABAR (Sihat pagi ni? How are you? Ni Hao Ma?). Ya, kadang-kadang kita rasa bertanya ni macam remeh, macam poyo ke kan?😁 Tapi hakikatnya, bertanya khabar ni ialah salah satu ayat yang 'evergreen' tau! Kami paham, kita ni selalu jumpa orang/kawan, tak tau nak tanya apa kan? Jadi lepas ni mesti korang dah ada idea kan? :)  ..Ok, moga 3 tips ni dapat membuatkan korang lebih ceria di pagi Isnin dan dapat elakkan sindrom "Monday Blues" ni ya. Akhir kata, jangan biarkan diri anda diselubungiiiii..."Monday Blues"! 😀😁😄..-Memupuk Persefahaman-#mandarin#belajarmandarin#kelasmandarin#kelassifumandarin#ampang#shahalam