Siti Hawa Othman Cikgu Melayu Ajar Bahasa Mandarin -

Siti Hawa Othman merupakan Pembimbing di Kelas Sifu Mandarin dalam bidang pendidikan Bahasa Mandarin khusus untuk mereka yang tiada asas Bahasa Mandarin (Zero Mandarin). 




Siti Hawa Othman mendapat pendidikan bahasa Mandarin seawal usia 5 tahun di Tadika Keh Seng, Melaka sebelum melanjutkan pendidikan sekolah rendah di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Keh Seng, Melaka selama 6 tahun. Pengalaman di sekolah rendah tidak banyak mengubah impian hawa laoshi untuk mbergiat dalam bidang pendidikan bahasa Mandarin. 



Sekolah Rendah Jenis Kebangaan (Cina) Keh Seng 

Namun, kesungguhan dan kerajinan beliau dsewaktu di sekolah rendah mendorong ibubapa hawa laoshi yang dikasihi , Hj. Othman dan Hjh Laila Mariam menghantar beliau ke Sekolah Menengah Pay Fong, Melaka, sebuah sekolah swasta beraliran Cina. Silibus dan pembelajaran di sekolah menengah pay fong berlainan dengan silibus Sijil Pelajaran Malaysia. Dimana buku - buku yang digunakan adalah dalam bahasa cina dan bahasa penyampaian di dalam kelas adalah bahasa Cina. Namun, disiplin dan kerajinan masyarakat cina dalam mencari ilmu patut dipuji dan dicontohi. 



Sekolah Menengah Pay Fong, Melaka



Siti Hawa Othman @ Hawa Laoshi melanjutkan pendidikan di peringkat ijazah di Universiti Tunku abdul Rahman(UTAR) , Sungai Long dalam bidang perakaunan. Suasana pembelajaran di UTAR sedikit berbeza jika dibandingkan dengan universiti - universiti tempatan. Boleh dikatakan 95% pelajar UTAR dalah berbangsa Cina,  Bangsa Melayu dan Bangsa India adalah minoriti. Namun, keharmonian sebagai rakyat Malaysia masih ada di UTAR. Setelah memerah keringat selama tiga tahun, akhirnya Siti Hawa Othman @ Hawa Laoshi berjaya memegang Ijazah Perakauan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).


Hawa Laoshi pernah menjawat jawatan sebagai penolong audit di sebuah syarikat swasta di Kota Damasara. Hawa laoshi mengambil keputusan untuk menjadi pembimbing atau guru mengajar bahasa Mandarin, dan berjaya memperolehi Certifificate of Chinese Proficiency Test (HSK) (Level 6) dan Certificates of Chinese Speaking Test (HSKK) yang dikendalikan oleh Hanban, Beijing China. Ia merupakan sijil kefasihan Bahasa Cina yang mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.



Beliau berpengalaman mengendalikan program bahasa Mandarin di Tourism Malaysia,Putrajaya (Tahap 1 & 2), Koperasi Ukhuwah, Million Makers Sdn Bhd (syarikat logistic) , Kelas Bahasa Mandarin Umum di Ampang & Shah Alam, Seminar Mandarin di masjid sekitar Ampang dan seminar Mandarin di PKNS Biz Point Shah Alam.

Kelas Sifu Mandarin yang diketuai oleh Pembimbing Siti hawa othman @ hawa laoshi mempunyai tiga cawangan di Ampang,Shah Alam dan wangsa maju.
.
Untuk Facebook Cikgu Hawa Klik ni --->>> Facebook Kelas Sifu Mandarin Cikgu Hawa

Untuk Maklumat Lanjut , 

Facebook: Kelas Sifu Mandarin 
Website: www.sifumandarin.com 
Hotline: 016 352 5218