Asas Struktur Ayat Dalam Bahasa Mandarin

Struktur ayat dalam Bahasa Mandarin adalah berbeza dengan Bahasa Melayu. Kita tidak boleh membuat terjemahan dari satu huruf ke satu huruf. Kita perlu tahu asas asas struktur ayat dalam Bahasa Mandarin. 

Secara ringkas, 

Asas 1: 
Subjek + Kata kerja + Objek. 

Contoh:
Ayat BM : Saya (Subjek) + Makan (Kata kerja) + Nasi Lemak (Objek)
Ayat Mandarin: 我 + 吃 + 椰浆饭。
hanyu pinyin:     Wǒ + chī + yē jiāng fàn. 
sebutan dalam BM: wor + cher + yea ciang fan


Asas 2:
Subjek + Masa + Kata Kerja + Objek 

Contoh:
Ayat BM : Saya ( subjek ) + semalam ( Masa ) + belajar ( Kata Kerja) + Mandarin ( Objek )
Ayat Mandarin : 我 + 昨天 + 学 + 汉语。
Hanyu pinyin: Wǒ +  zuótiān +  xué +  hànyǔ.
sebutan dalam BM: wor + cuwo tien + siyuek + han yi   


Asas 3:
Subjek + Masa + Tempat + Kata Kerja + Objek     

Contoh: 
Ayat BM: Saya ( subjek ) + semalam ( Masa ) + di sekolah (Tempat) +  belajar ( Kata Kerja) + Mandarin ( Objek )

Ayat Mandarin : 我 + 昨天 + 在学校 + 学 + 汉语。
Hanyu pinyin:   Wǒ + zuótiān + zài xuéxiào + xué + hànyǔ.
sebutan dalam BM: wor + cuwo tien + caik siyuek siaw +  siyuek + han yi