Kelas Belajar Bahasa Cina di Kuala Lumpur

Bahasa Cina kini menjadi bahasa yang paling ramai penutur. Ini disebabkan beberapa faktor: - 

1. Bahasa Cina (mandarin) adalah bahasa rasmi Negara China dan bahasa pertuturan rasmi di kalangan masyarakat cina. 

2. Kuasa ekonomi dunia semakin meninjak ke arah Negara China. Ia menjadi kelebihan sekiranya usahawan, peniaga , pemborong yang sering ke China untuk berurusan boleh berkomunikasi dalam bahasa Cina (Mandarin). 

3. Peluang pekerjaan lebih terbuka kepada mereka yang mempunyai kelebihan berbahasa Mandarin, disebabkan peluang pekerjaan yang semakin sengit diantara graduan - graduan di Malaysia. Pekerjaan di sektor kerajaan juga menjadi rebutan, maka sektor swasta yang lebih dikuasai oleh syarikat syarikat Orang cina lebih menjadi pilihan graduan - graduan untuk bekerja. 

4. Kelebihan berbahasa cina (mandarin) secara tidak langsung boleh memupuk persefahaman di antara kaum khususnya bangsa cina. Keserasian dan keeratan hubungan bleh terjalin sekiranya kita boleh berkomunikasi menggunakan bahasa ibunda masyarakat Cina.

5. Semakin ramai yang berminat untuk meningkatkan nilai diri dengan mempelajari bahasa cina ( Mandarin ) sebagai bahasa ketiga. 

Berdasarkan pengalaman kami di Kelas Sifu Mandarin yang dibuka di Ampang dan Shah Alam, sebab - sebab seperti di atas diantaranya yang menarik minat mereka yang tiada asas Mandarin untuk  menyertai kelas bahasa cina (mandarin) pada tahun 2016-2017.


Selesai Kelas Bahasa Cina (Mandarin) bersama Hawa Laoshi

Kelas Bahasa Cina (Mandarin) khas untuk mereka yang zero Mandarin berada lokasi di Ampang dan Shah Alam.
Facebook: Kelas Sifu Mandarin

Website: www.sifumandarin.com
hotline: 016 352 5218