PANGGILAN UNTUK LELAKI DALAM BAHASA MANDARIN


4 PANGGILAN UNTUK SI JEJAKA DALAM BAHASA MANDARIN
.
Perkongsian kali ini Laoshi buat khas untuk SI JEJAKA atau untuk BRO 
😁
.
Kata panggilan ini boleh anda guna bila berjumpa dengan seorang lelaki yang anda baru kenal ataupun yang memang anda tak kenal langsung, tapi anda nak bercakap dengan dia.
.
Antara 4 ciri tersebut seperti :
.
Lelaki yang tak dkenali
Lelaki yang masih muda
Lelaki yang lebih tua
Lelaki yang anda jumpa dalam suasana formal
.
Jooom kita klik setiap gambar dibawah untuk belajar.
Laoshi dah sertakan details di setiap gambar, innsyaallah anda akan faham maksudnya. 

1.   帅哥 shuài gē (shu-wai ke) 

           Panggilan ni sesuai untuk lelaki yang tidak dikenali, umur tidak jauh beza dan dalam situasi yang
     tidak formal.
     .
     Dalam bahasa inggeris: hey pal, buddy, handsome guy


2. 
小伙子xiǎo huǒ zi (siao huwo cjer)

Panggilan ini lebih sesuai ditujukan kepada anak muda/budak , sering digunakan oleh orang tua. Kadang kala panggilan ini apabila dalam keadaan ragu ragu tentang anak muda tersebut..
Dalam Bahasa inggeris: young man, boy



3. 大哥dà gē (tak ke) 


Panggilan ini jika di dalam keluarga dipanggil sebagai ABANG LONG. Di dalam konteks perbualan, panggilan ini digunakan untuk memanggil lelaki yang lebih tua daripada anda. .
Dalam Bahasa inggeris : Sir


4. 先生xiānsheng (siyen sherng)

Panggilan ini digunakan secara formal bermaksud Encik atau Tuan. Kebiasaanya diletakkan Surname di depan. .
Dalam Bahasa inggeris : Mr.




.
.
Untuk wanita yang baca post ni..ce KOMEN sikit "Si Jejaka" anda hehe
Boleh sama-sama SHARE ilmu ni ya 
😊
.
.
SIFU 
-Suka.Ingat.Faham.Ulang-