KELAS BAHASA MANDARIN KOMUNIKASI DI AMPANG SELANGOR
Sifu Mandarin menyediakan platform seminar, kelas , personal@group coaching serta khidmat penterjemahan Bahasa Mandarin. Perkhidmatan kami khusus untuk Badan Kerajaan, Syarikat Korporat, Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), Komuniti dan Individu (dewasa, remaja dan kanak – kanak).
Sifu Mandarin adalah jenama (branding) yang telah bertapak lebih 5 tahun dalam pengajaran Bahasa Mandarin sebagai Bahasa Kedua. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh SIFU MANDARIN CONSULTING PLT (LLP0010487-LGN) dimana ianya 100% dimiliki oleh Orang Melayu Muslim.
UNTUK SIAPA KELAS BAHASA MANDARIN KOMUNIKASI (TAHAP 1) INI ?
1) Mereka yang tiada asas bahasa Mandarin (Zero Mandarin).
2) Mereka yang berumur 17 tahun keatas sahaja.
3) Mereka yang sering menjadi “Pekak & Bisu” bila berhadapan dengan rakan berbangsa Cina.
4) Mereka yang menghadapi masalah komunikasi bila berurusan dengan PEMBEKAL & PELANGGAN berbangsa Cina.
5)Mereka yang pening memikirkan bahasa ketiga yang perlu dikuasai untuk naik pangkat @ naik gaji.
6) Mereka yang tak larat dah nak dengar permintaan penemuduga (sesi interview mintak kerja) yang mahukan calon pandai berbahasa Mandarin.
7) Mereka yang nak dapat DISKAUN daripada pembekal / peniaga berbangsa Cina, tapi tak tau cakap Mandarin.
APAKAH TOPIK PEMBELAJARAN KELAS BAHASA MANDARIN KOMUNIKASI (TAHAP 1) INI ?
1) PENGENALAN BAHASA MANDARIN
Apa itu bahasa Mandarin?
Betul ke semua orang Cina cakap Mandarin?
Bahasa Cina di Malaysia dipanggil apa?
2) PERBEZAAN PERTUTURAN DAN PENULISAN DALAM BAHASA CINA
Apa beza tulisan Cina simplified & tradisional?
Di Malaysia guna tulisan simplified @ tradisional?
3) SISTEM SEBUTAN BAHASA MANDARIN, HANYU PINYIN
Belajar 23 konsonan dalam Hanyu Pinyin
Belajar 36 vokal dalam Hanyu Pinyin
Kaedah mudah sebut huruf konsonan dan vokal Bahasa Mandarin
4) KEPENTINGAN NADA DALAM BAHASA MANDARIN
Macam mana nak tahu beza nada dalam Mandarin?
Berapa total nada yang ada dalam bahasa Mandarin?
Macam mana nak sebut nada dengan betul?
5) CARA MEMPERKENALKAN DIRI DALAM BAHASA MANDARIN
3 cara ucap salam dalam bahasa Mandarin.
Bagaimana cara yang betul untuk mula ucap salam dalam Mandarin.
2 cara mudah kenalkan nama anda dalam bahasa Mandarin.
cara nak ucap penghargaan dengan betul.
6) CARA MUDAH BERSUAI KENAL DALAM BAHASA MANDARIN
Bagaimana cara betul untuk mula bersuai kenal dalam Mandarin?
Bagaimana memanggil dengan panggilan yang sesuai dalam bahasa Mandarin.
7) TIPS BERCAKAP BAHASA MANDARIN
Do and Dont’s apabila cakap Mandarin
Ketahui Culture bercakap Bahasa Mandarin
Cara yang betul tambah kosa kata bahasa Mandarin