Langkah - langkah mahir Kosa Kata Mandarin

Berikut adalah langkah - langkah terbaik dalam menambah kosa kata Mandarin: -
  • Menghafal setiap hari minimum 2 sehingga 5 perkataan 
  • Baca secara berulang-ulang sehingga faham dan hadkan maksimum 5 perkataan setiap hari
  • Jangan beralih kepada perkataan seterusnya,apatah lagi bab tersebut masih belum mencapai tahap di atas 50% serta belum mahir.
  • Fokus, disiplin dan jangan biarkan rasa bosan menghancurkan impian "Mahir Mandarin" anda.
  • Tulis target pencapaian anda.
  • Lakukan dengna tahap-tahap yang mudah dan sesuai dengan keperluan 
  • Lakukan kaedah membaca bersama yang dibimbing oleh pengajar (guru) atau mereka yang mahir dalam bahasa Mandarin dan buatlah ayat sebanyak-banyaknya.
  • Buat ayat positif, negatif dan pelbagai ayat lain yang dikombinasikan dengan ayat tanya.
  • Buat perbualan dengan diri sendiri dan praktikkan di depan cermin dengan penuh yakin.
  • Praktikkan percakapan dengan rakan-rakan yang mempunyai semangat untuk menjadi "mahir Mandarin"
  • Buat ayat sebanyak-banyaknya dengan satu perkataan dan praktikkan dengan suara yang kuat dan penuh yakin
Segala sesuatu perlu dimulakan dari yang semudah mungkin dan sekecil-kecil langkah, Sebelum membuat kata-kata dalam percakapan yang sedap didengar dan mudah difahami,sebaiknya kita persiapkan diri dengan kosa kata yang sebanyak-banyaknya.

Akhir kata, semoga perkongsian kali ini memberi semangat untuk anda terus mempelajari Bahasa Mandarin.