Program Sifu Mandarin

Program bahasa Mandarin yang dikendalikan oleh Puan Siti Hawa Othman atau Hawa Laoshi, tenaga pengajar utama di kelas Sifu Mandarin Ampang. 



Sifu Mandarin menyediakan platform seminar, kelas , personal@group coaching serta khidmat penterjemahan Bahasa Mandarin.Perkhidmatan kami khusus untuk Badan Kerajaan, Syarikat Korporat, Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), Komuniti dan Individu (dewasa, remaja dan kanak – kanak).

Sifu Mandarin adalah jenama (branding) yang telah bertapak lebih 3 tahun dalam pengajaran Bahasa Mandarin sebagai Bahasa Kedua. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh SIFU MANDARIN CONSULTING PLT (LLP0010487-LGN) dimana ianya 100% dimiliki oleh warganegara Malaysia. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 17 Mei 2014. Pemilik & penggerak utama syarikat ialah Tuan Mohd Saiful Nizzam Mohd Nasir dan Puan Siti Hawa Othman.




Kami terpanggil membantu menjayakan matlamat kerajaan untuk membangunkan generasi yang mempunyai kelebihan dalam berbahasa serta mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah di Malaysia. Kami yang berpengalaman lebih dari 5 tahun sangat komited dalam memberi latihan dan bimbingan pembelajaran Bahasa Mandarin kepada penutur bukan jati khususnya melalui Kelas Sifu Mandarin. Kami yakin dapat membantu lebih ramai masyarakat di luar sana untuk mempunyai kelebihan berbahasa Mandarin dengan kepakaran dan sistem bimbingan daripada syarikat kami.














Untuk pertanyaan lanjut tentang kelas bahasa cina (mandarin) dengan cikgu hawa @ hawa laoshi, Boleh hubungi saya : - 
❖ Call / whatsapp / sms = 016 352 5218 
❖ Facebook : Kelas Sifu Mandarin 
❖ Website : www.sifumandarin.com