10 Langkah Belajar Bahasa Mandarin


Langkah 1 – Berlatih menggunakan EMPAT nada utama bahasa Mandarin.
Bahasa Mandarin dikenali juga sebagai bahasa bernada. Nada yang berbeza memberi maksud yang berbeza. Namun, terdapat juga perkataan yang sama nada tetapi mempunyai maksud yang berbeza.

Langkah 2 – Menghafal kosa kata Mandarin yang pendek dan mudah.
Ternyata lebih banyak perkataan yang anda tahu, lebih cepat anda akan menjadi fasih berbahasa Mandarin.

Langkah 3 – Belajar bagaimana untuk mengira.
Sistem angka Mandarin adalah agak mudah dan logik, dan sebaik sahaja anda telah mempelajari sepuluh nombor pertama, anda akan dapat mengira hingga 99.

Langkah 4 - Belajar beberapa frasa perbualan asas.
Ia bagi memudahkan sebutan dan pertambahan kosa kata untuk belajar perbualan yang agak rumit.

Langkah 5 - Belajar tatabahasa bahasa Mandarin yang asas.
Susunan ayat bahasa Mandarin sungguh mudah dengan urutan:-
               Subjek – kata kerja – objek.

Langkah 6 – Cari seseorang yang boleh berbahasa Mandarin
 Anda berpeluang untuk belajar lebih pantas kerana mereka akan membetulkan   kesalahan – kesalahan tatabahasa yang anda lakukan.

Langkah 7 – Pertimbangkan untuk menghadiri kelas Mandarin
Anda akan berasa lebih seronok kerana dapat bertutur secara langsung bersama – sama kawan anda, juga dibimbing oleh tenaga pengajar.

Langkah 8 – Tonton filem-filem Bahasa Mandarin dan kartun.
Ini adalah cara yang mudah dan menghiburkan untuk mempelajari sebutan dan struktur ayat bahasa Mandarin.

Langkah 9 - Mendengar muzik Mandarin dan radio
Walaupun anda tidak dapat memahami segala-galanya, cuba untuk memilih kosa kata untuk membantu anda mendapatkan maksud apa yang diperkatakan.

Langkah 10 - Jangan terlalu memaksa diri sendiri Berbahasa Mandarin
Belajar sesuatu bahasa merupakan satu proses yang berperingkat, jadi luangkan masa anda secara berhemah.