Dari Meja Kerja Sifu Mandarin - Cikgu Siti Hawa 哈瓦老师

Assalamualaikum dan salam hormat.
Bahasa Mandarin merupakan bahasa ketiga terbesar di dunia. Lebih 1.3 billion penduduk dunia boleh berbahasa Mandarin. Tidak hairanlah bahasa Mandarin hari ini menjadi bahasa yang penting di dunia.
Ramai yang ingin belajar Bahasa Mandarin untuk pelbagai sebab, seperti nak ‘shopping’ di kedai milik orang Cina (untuk dapat diskaun), untuk sertai borong China, untuk belajar budaya kerja warga Cina dan sebagainya.


Nama saya Siti Hawa binti Ar. Hj. Othman, boleh panggil saya ‘CikguHawa’. Saya berpengalaman mengajar kelas Mandarin lebih 3 tahun.Dilahirkan dalam keluarga yang yang besar, adikberadikseramai 8 orang.  Saya merupakan anak yang kelima dan yang sulung mendapatpendididikan Bahasa Cina sejak dari tadikalagi.
3 orang adik saya juga mengikut jejak langkah saya dan bersekolah di sekolah cina. Kami sering bertutur Bahasa cina semasa di rumah.
Hanya saya sahaja yang melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah PayFong, antara sekolah menengah cina terbaik di Malaysia.Seterusnya, saya melanjutkan pendidikan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dalam bidang perakaunan. Saya sering bergaul dengan kawan–kawan yang bertutur Bahasa cina di UTAR ,memandangkan hampir 95% pelajar UTAR berbangsacina.
Sejak tahun 2012 saya dah mula membantu ramai orang untuk fasih berbahasa Mandarin melalui pelbagai kelas, seminar dan workshop Bahasa Mandarin tidak kira melalui sektor kerajaan, swasta, mahupun perseorangan.
Kemahiran saya yang saya selalu kongsikan bersama pelajar – pelajar saya ialah cara atau kaedah mudah dan berkesan agar mereka boleh mula bertutur Bahasa Mandarin secara ringkas tanpa segan silu. Seterusnya, mereka boleh berkomunikasi dengan baik dan yakin.